Welcome to Emirly's House!

We provide services and products that are highly demand with best price in market based on customer satisfaction and needs in pursuing national and global trend

We produce our own products as well consulting others on product development from scratch to end.

http://emirly.blogspot.com

Kopi Pracampuran Young Café











Kopi herba Young café ini di rumus khas untuk meningkatkan taraf kesihatan, mengembalikan kecergasan mental dan fizikal selain sebagai anti-oksidan yang bertindak mengekalkan awet muda. Ianya difomulasikan khas untuk kebaikan semua peringkat umur dan jantina. Kopi pracampuran herba Young café mengandungi  empat jenis herba terpilih iaitu Pegaga, Halia, Ubi Jaga dan Tongkat Ali yang diproses menggunakan proses bioteknologi. Produk Young café ini dikilangkan oleh TPM Biotech Sdn Bhd iaitu anak syarikat penuh milik Technology Park Malaysia (TPM) Corporation Sdn Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Proses penghasilan kopi herba ini menggunakan peralatan-peralatan yang moden dan terkini disamping sistem piawaian yang sangat ketat. Kilang milik TPM Biotech yang berstatus GMP dan mempunyai sijil Halal  ini sentiasa menitik beratkan kualiti dan kebersihan produk yang dihasilkan.




Official Site:
Halia
Pegaga
                    
Tongkat Ali
Ubi Jaga
                    







Duta Produk Young Cafe : Norkhiriah  Ahmad Shapie





TPM and TPM Biotech Joins School Carnival


Source Page: SYMBIOSIS Magazine, August 2008



Sedutan Karnival Budi Kasih Anjuran Emirly Enterprise dan ADUN Benta



Keratan Asal: Sinar Harian 21 April 2008


Kejohanan Futsal Tajaan Emirly Enterprise



Keratan Asal: Sinar Harian 19 Disember 2008




Young Cafe Hasil Biotek Herba di TPM Raub


Keratan Asal: Utusan Malaysia 12 Julai 2008


Keperluan Rakyat Terus Dipenuhi


Keratan Asal: 20 April 2008


Jualan Amal Bantu Pesakit Kanser


Keratan Asal: Sinar Harian 14 Mei 2008


Usahawan Bumiputera Perlu Berani



Keratan Asal: Sinar Harian 4 November 2007


Young Cafe Beri Peluang Wanita Jadi Usahawan



Keratan Asal: Sinar Harian, 16 Februari 2008

Ibu Tunggal Cekal teruskan Hidup

Keratan Asal: Sinar Harian, 7 April 2008

Emiliza Cekal Ceburi Bidang Biotek-Herba



Industri Biotek-Herba adalah bidang yang agak baru di Malaysia namun kerajaan mensasarkan untuk menjadikan industri itu sebagai salah satu sumber utama ekomi negara di masa hadapan. Dengan meningkatnya permintaan terhadap produk berasaskan herba di pasaran domestik dan antarabangsa seiringan pula dengan berkembangnya bidang bioteknologi, industri Biotek-Herba di lihat sebagai peluang yang tidak patut dilepaskan.

Perkembangan bidang Bioteck-Herba di Malaysia telah banyak memberi manafaat dan impak yang besar dalam industri makanan, kesihatan  dan pertanian. Dengan meningkatnya pengeluaran dan permintaan terhadap produk-produk berasaskan herba, secara tidak langsung ianya dapat menambah nilai terhadap tanaman yang selama ini hanya diusahakan secara kecil-kecilan kepada pengeluaran secara besar-besaran.

Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan melihat kepada potensi besar dalam industri ini, Emiliza Yahya memberanikan diri untuk menceburi bidang tersebut. Dengan menggunakan modal sendiri dan bantuan dari keluarga, beliau telah berjaya menghasilkan produk sulung keluaran syarikat milik beliau iaitu kopi pracampuran herba Young café. Kopi ini mengandungi  empat jenis herba terpilih iaitu Pegaga, Halia, Ubi Jaga dan Tongkat Ali yang diproses menggunakan proses bioteknologi.

Emiliza Yahya

“Kopi herba Young café ini di rumus khas untuk meningkatkan taraf kesihatan, mengembalikan kecergasan mental dan fizikal selain sebagai anti-oksidan yang bertindak mengekalkan awet muda. Ianya difomulasikan khas untuk kebaikan semua peringkat umur dan jantina”terangya.

Walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang perniagaan mahupun bidang bioteknologi, beliau yakin dengan semangat, sokongan dan juga bimbingan dari keluarga, beliau mampu membawa Young Café ke peringkat yang lebih jauh.

“Bidang Biotek-Herba adalah satu bidang yang saya akui agak asing bagi saya. Saya hanya mengetahui sedikit sebanyak maklumat tentang bidang ini dari pembacaan di majalah, internet dan juga surat khabar. Namun alhamdulillah, adik lelaki saya yang sedang menuntut di tahun akhir dalam bidang Kejuruteraan Bioteknologi di UIA banyak membantu dan memberi bimbingan kepada saya. Ahli keluarga lain juga sentiasa memberi sokongan dan bantuan untuk saya menceburi bidang perniagaan berasaskan Biotek-herba ini.”

Menurut beliau, produk Young café ini dikilangkan oleh TPM Biotech Sdn Bhd iaitu anak syarikat penuh milik Technology Park Malaysia (TPM) Corporation Sdn Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


Kilang TPM Biotech di Raub


“Saya diperkenalkan dengan pihak TPM Biotech oleh adik saya yang mana beliau pernah menjalani Latihan Amali Industri di situ sedikit masa dahulu. Setelah beberapa siri perbincangan di adakan, saya telah menandatangani kontrak perjanjian dengan pihak TPM Biotech untuk mereka membuat kajian seterusnya mengilangkan produk kopi herba dengan jenama Young café untuk syarikat Emirly Enterprise milik saya dan bapa,”ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, proses penghasilan kopi herba ini menggunakan peralatan-peralatan yang moden dan terkini disamping sistem piawaian yang sangat ketat. Kilang milik TPM Biotech yang berstatus GMP dan mempunyai sijil Halal  ini sentiasa menitik beratkan kualiti dan kebersihan produk yang dihasilkan.

Ibu kepada dua cahaya mata yang telah kehilangan suami tercinta akibat barah usus ini ingin membuktikan bahawa usahawan wanita juga mampu bersaing dengan usahawan lelaki.



Bersama Duta Young Cafe, Noorkhiriah


“Untuk berjaya dan memastikan kita sentiasa dihadapan, kita perlu berani untuk meneroka sesuatu yang baru disamping menitik beratkan kualiti serta kepuasan penguna. Usahawan terutamanya bumiputera perlu peka dengan perkembangan teknologi semasa bagi memastikan kita mendapat manafaat darinya”.

Harapan beliau agar lebih ramai usahawan bumiputera berani menceburi industri Biotek-Herba memandangkan peluang yang amat cerah untk berjaya disamping sokongan padu yang diberikan oleh kerajaan.                            



Keratan Asal: Berita Harian, 19 Mac 2008







Program pembangunan usahawan Biotek Herba MARA-Young café


BERA – Memerangi kemiskinan tegar merupakan fokus utama kerajaan disamping meningkatkan pendapatan isi rumah bagi meringankan beban akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan menggalakan rakyat menceburi bidang perniagaan.


        Bagi membantu kerajaan mencapai misi itu, Emirly Enterprise iaitu syarikat yang mengeluarkan kopi herba jenama Young café dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat Pahang telah menjalankan satu program yang di namakan Program Pembangunan Usahawan Biotek Herba Young cafe bagi melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang Biotek Herba.

       Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi serta membudayakan budaya berniaga dikalangan bumiputera disamping mengkomersialkan bidang biotek herba dinegara ini. Sebagai perintis, seramai enam orang usahawan wanita telah diberi bantuan modal oleh MARA melalui Program Membasmi Kemiskinan Mikro PBT.

      Antara perintis program ini ialah Zaharah Bt Budin dari Mentakab dan merupakan seorang pesara tentera. Dengan menyertai Program Pembangunan Usahawan Biotek Herba Young Café, beliau diberi modal permulaan dan latihan asas oleh MARA serta diberi produk dan latihan lanjut dari pihak Emirly Enterprise. Beliau juga diberi pendedahan yang mendalam dalam bidang keusahawanan dan juga bidang biotek herba.

Zaharah bersama anak-anak digerainya ketika program Gerak Usahawan MPUD Bera-Pahang 2008

      “Buat pertamakali Puan Zaharah telah didedahkan secara amali dengan menyertai program Gerak Usahawan MPUD Bera hari ini” jelas Encik Yahya Awang Mohamad, Pengurus Emirly Enterprise yang mengasaskan produk Young Café ketika ditemui semasa program Gerak Usahawan Bera semalam. Sambil mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Mara dan MPUD kerana memberi peluang dan galakan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah menceburi bidang keusahawanan, beliau juga berharap agar pihak kerajaan dapat menambah lebih ramai penyertaan mereka yang berminat dalam bidang tersebut dalam usaha membasmi kemiskinan.

Yahya Awang Mohamad

      “Pihak Emirly Enterprise sangat komited dan bersungguh-sunguh untuk melahirkan seramai mungkin usahawan dalam bidang biotek herba disamping membantu kerajaan membasmi kemiskinan”,ujar beliau lagi.

      Emirly Enterprise merancang untuk meluaskan lagi program ini ke seluruh negeri Pahang sebelum memperluaskannya ke seluruh Malaysia.




Keratan Asal : Sinar Harian,8 November 2008

Gallery








































































































































































Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail