Program pembangunan usahawan Biotek Herba MARA-Young café


BERA – Memerangi kemiskinan tegar merupakan fokus utama kerajaan disamping meningkatkan pendapatan isi rumah bagi meringankan beban akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan menggalakan rakyat menceburi bidang perniagaan.


        Bagi membantu kerajaan mencapai misi itu, Emirly Enterprise iaitu syarikat yang mengeluarkan kopi herba jenama Young café dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat Pahang telah menjalankan satu program yang di namakan Program Pembangunan Usahawan Biotek Herba Young cafe bagi melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang Biotek Herba.

       Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi serta membudayakan budaya berniaga dikalangan bumiputera disamping mengkomersialkan bidang biotek herba dinegara ini. Sebagai perintis, seramai enam orang usahawan wanita telah diberi bantuan modal oleh MARA melalui Program Membasmi Kemiskinan Mikro PBT.

      Antara perintis program ini ialah Zaharah Bt Budin dari Mentakab dan merupakan seorang pesara tentera. Dengan menyertai Program Pembangunan Usahawan Biotek Herba Young Café, beliau diberi modal permulaan dan latihan asas oleh MARA serta diberi produk dan latihan lanjut dari pihak Emirly Enterprise. Beliau juga diberi pendedahan yang mendalam dalam bidang keusahawanan dan juga bidang biotek herba.

Zaharah bersama anak-anak digerainya ketika program Gerak Usahawan MPUD Bera-Pahang 2008

      “Buat pertamakali Puan Zaharah telah didedahkan secara amali dengan menyertai program Gerak Usahawan MPUD Bera hari ini” jelas Encik Yahya Awang Mohamad, Pengurus Emirly Enterprise yang mengasaskan produk Young Café ketika ditemui semasa program Gerak Usahawan Bera semalam. Sambil mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Mara dan MPUD kerana memberi peluang dan galakan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah menceburi bidang keusahawanan, beliau juga berharap agar pihak kerajaan dapat menambah lebih ramai penyertaan mereka yang berminat dalam bidang tersebut dalam usaha membasmi kemiskinan.

Yahya Awang Mohamad

      “Pihak Emirly Enterprise sangat komited dan bersungguh-sunguh untuk melahirkan seramai mungkin usahawan dalam bidang biotek herba disamping membantu kerajaan membasmi kemiskinan”,ujar beliau lagi.

      Emirly Enterprise merancang untuk meluaskan lagi program ini ke seluruh negeri Pahang sebelum memperluaskannya ke seluruh Malaysia.




Keratan Asal : Sinar Harian,8 November 2008

0 comment:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail